Berita pendakwah kesayangan ramai Ustaz Ebit Lew (UEL) selamat menjejak kaki di tanah Gaza telah disambut meriah oleh kebanyakkan rakyat di Malaysia.

Untuk pengetahuan umum, tujuan UEL dan pasukannya ke tanah Gaza adalah untuk memberi bantuan kepada rakyat Gaza di dalam bentuk makanan dan perubatan.

“Sebak sayu saya…”

Baru-baru ini, UEL telah memuat naik beberapa perkongsian di semua sosial medianya mengenai keberadaanya di sana.

Menurut UEL, dia berasa sebak apabila melihat beberapa kawasan di Palestin yang habis musnah akibat serangan bom bertubi-tubi kepada mereka.

Alhamdulillah, walaupun sedih dengar berita tentang realiti yang dihadapi rakyat Gaza setiap hari, mujurlah wujud beberapa insan seperti UEL yang sanggup mempertaruhkan diri demi menolong mereka di sana.

Rakyat malaysia juga perlu UEL

Malangnya, situasi di sini juga tidak beberapa bagus. Sampai ke tahap kempen #benderaputih, dimana rakyat yang memang perlukan pertolongan kibarkan bendera putih di halaman rumah, mula trending di sosial media.   

Meninjau kepada ruangan komen perkongsian UEL, terjumpa beberapa komen dimana rakyat meminta UEL pulang ke Malaysia untuk menolong rakyat yang juga sedang menderita.

Walaubagaimanapun, janganlah kita harapkan UEL seorang untuk membantu rakyat yang telah menaikkan bendera putih.

Sambil menunggu UEL habis misi kemanusiannnya dan pulang ke Malaysia, kalau ada nampak jiran yang menaikkan bendera putih, hulurkan sedikit sebanyak, jangan endahkan sahaja.

Rakyat jaga rakyat.