Menerusi post di laman media sosial masing-masing, difahamkan bahawa pelakon, Sharifah Amani dan bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah bertemu empat mata baru-baru ini.
Perkongsiaan dan perbincangan idea
Sepertinya pertemuan mereka berdua tidak lebih daripada hanya sekadar perkongsian dan perbincangan idea yang mahukan anak-anak muda memperjuangkan pelbagai perkara untuk masa depan negara yang tercinta.
“Akhirnya dapat berjumpa. Tuan Syed dan Cik Sharifah. I always feel uplifted after speaking to young people. Focused, driven, informed, educated, exposed and inspiring. We will be okay if they are our future. Terima kasih orang #MUDA Teruskan perjuangan mu. We are with you! Semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Sharifah Amani di laman Instagramnya.
Syed memuji
Tidak ketinggalan, Syed Saddiq juga berkongsikan di laman Instagramnya tentang pertemuan mereka berdua, yang sepertinya memuji semangat pelakon wanita itu yang mahukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan negara.
“So much passion and energy for the betterment of all Malaysians. I enjoyed listening to Sharifah Amani’s advise and thoughts on moving Malaysia forward.
“Malaysia milik kita semua. Yang MUDA dan yang berusia. Yang Melayu, yang Cina, yang India, yang Iban, yang Kadazan (dll), Yang Muslim, yang Kristian, yang Hindu, yang Buddha (dll). Ini Malaysia, tanah tercinta kita semua. Orang MUDA, let’s unite for a better Malaysia,” tulis Syed Saddiq di Instagramnya.
Rakan artis membanjiri komen
Pertemuan Sharifah Amani dan Syed Saddiq ini mendapat reaksi postif daripada rata-rata artis tempatan yang membanjiri komen di Instagram post Sharifah Amani.
Mungkin pertemuan mereka dapat membawa perubahan yang baik kepada negara, mana la tau kan.