Seperti mana yang diketahui, program keagamaan seperti Da’i dan Pencetus Ummah banyak melahirkan pendakwah yang baru.
Namun, disebabkan kontorversi yang melanda beberapa peserta program tersebut, nama baik program itu telah tercemar dan semalam, tambah lagi salah seorang perserta program itu yang terlibat dalam satu kontroversi hangat iaitu Da’i Syed.
Dituduh Merogol
Satu bebenang (thread) yang dibuat oleh seorang warga Twitter telah mendedahkan bahawa Da’i Syed telah merogol rakannya sehingga menyebabkan trauma.
Bebenang tersebut mendapat perhatian rata-rata warga Twitter sehingga menjadi trending (ketika artikel ini ditulis).
Malah, beberapa mangsa lain turut tampil meluahkan pengalaman pahit masing-masing bersama pendakwah tersebut.
Report polis
Susulan tuduhan itu, Da’i Syed telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Gempak, laporan tersebut telah dibuat bagi membersihkan nama baiknya, selain untuk melindunginya dirinta daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.
“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.
“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,” katanya.
Selesaikan Dengan Segera
Syed turut berkata bahawa pekara yang melanda dirinya sekarang ini mampu mencalarkan maruah dia serta keluarganya.
“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga.
“Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya.
Berat juga ya kes ini. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera serta keadilan akan berpihak pada yang benar!