Bagi yang telah meminati K-pop sejak awal tahun 2000, pasti mengenali kumpulan Super Junior, yang dulu adalah antara kumpulan K-pop terawal yang membawa gelombang K-wave di Asia Tenggara dan seterusnya ke seluruh dunia.

Salah seorang ahli Super Junior, Ryeowook telah mengesahkan bahawa kini dia mempunyai hubungan dengan salah seorang bekas kumpulan TAHITI, Ari.

Menjadi rapat

Menerusi laporan SpoTVNews, Ryeowook dan Ari mula menjadi rapat setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan.

Label SJ, syarikat yang dinaungi Super Junior Ryeowook, telah mengesahkan berita tersebut dengan artis mereka bahawa mereka kini bercinta setelah pada awalnya rapat sebagai artis senior dan junior.

Meminta maaf

Walaupun ini sepatutnya menjadi perkara yang mengembirakan namun, kedua-dua pasangan tersebut meminta maaf kepada peminat-peminat mereka menerusi laman sosial masing-masing.

Kedua-duanya juga memberi penjelasan terhadap khabar angin dan salah faham yang telah tersebar di laman sosial.

Peminat gembira

Namun, rata-rata peminat Ryeowok dan Ari tetap gembira dengan berita tersebut.

Dengan pengumuman ini, Ryeowook adalah ahli Super Junior yang kedua tahun ini yang telah mengesahkan kepada awam tentang hubungannya selepas Heechul bersama Twice Momo pada awal tahun ini.

Apa pun, tahniah Ryeowook dan Ari!