Nama Safiey Ilias pernah mengegarkan negara ekoran berita penghijrahan dia yang bertahan hanya sementara.

Walaupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, Safiey tetap fokus dengan perniagaan dan bisnes yang dia miliki.

Baiki Payudara

Menurut Harian Metro, Safiey sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM 32,000

Dia berkata pembedahan itu akan dibuat di Kuala Lumpur dan menggunakan khidmat pakar bertauliah.

“Prosedur akan dibuat dalam bulan ini. Barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu sampai dulu. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.

“Dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” katanya kepada Harian Metro.

Buat Mata Seperti Barbie

Safiey juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan untuk mencantikkan matanya seperti barbie.

“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.

“Doktor faham kehendak saya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.

“Cuma, jika saya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi. Kalau nak sesi siaran langsung Instagram tak cantiklah,” jelasya kepada Harian Metro.

Terdahulu Harian Metro pernah melaporkan, Safiey pernah membuat beberapa prosedur kecantikkan hingga mencecah jutaan ringgit.

Pembedahan tersebut membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.

Wow dahsyat betul Safiey ini ya. Apa-apa pun semoga yang baik-baik sahaja buat Safiey!