Dengan penampilan diri yang baru, Zulin Aziz kini dilihat telah kembali aktif dalam industri dan kini turut memiliki bisnes sendiri.

Namun baru-baru ini, Zulin kembali menjadi tumpuan warganet ekoran sekeping gambar yang dia kongsi di Instagram (IG) miliknya.

Tidak Berkongsi Kehidupan Perbadi

Foto yang dikongsi, mempamerkan dirinya memegang tangan yang kelihatan seorang lelaki.

Meskipun hanya menampakkan bahagian tangan jejaka itu namun, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah lelaki tersebut.

Walaubagaimanapun, Zulin memilih untuk mengunci mulutnya, menurut laporan mStar, dan merahsiakan indentiti jejaka itu selepas mendapat nasihat daripada keluarganya.

Tambahnya, dia ingin menjalankan kehdiupan secara privasi dan perkongsian gambar tersebut hanyalah untuk dijadikan sebagai kenangan.

“Apa yang jadi sebelum ini merupakan satu pengajaran untuk saya. Jadi, saya tak nak komen mengenai foto tersebut dan saya juga mahukan privasi.

“Lagipun atas nasihat keluarga agar tidak mendedahkan apa-apa. Bagi saya cukuplah perkongsian saya itu dan tidak mahu ulas lebih lanjut kerana netizen sekarang ini sangat bahaya,” katanya kepada mStar.

Perkongsian foto Zulin tersebut telah memperlihatkan seseorang memegang tangannya ketika dia sedang menikmati makanan di sebuah restoran baru-baru ini.

Sedang Bercinta?

Rata-rata netizen yang meilhat foto tersebut membuat andaian mengatakan yang dia sedang dilamun cinta.

Zulin turut menegaskan dia hanya mahu perniagaan dan karier seninya sahaja menjadi perbualan bukan soal cinta serta kehidupan peribadinya.

“Sejujurnya saya mahu karier saya dalam industri seni dan bisnes sahaja menjadi perbualan. Saya dah malas nak cerita kehidupan peribadi yang akan penuh dengan kontroversi nanti.

“Lagipun orang dah muak balik-balik cerita kisah cinta saya,” jelasnya lagi kepada mStar.

Apa pun, semoga yang baik-baik sahaja buat Zulin dan semoga hubungan tersebut berkekalan dan mampu pergi ke peringkat yang lebih serius.