Seperti ramai tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil dan berita tentang itu telah dikongsi oleh beliau sendiri.

Namun, baru-baru ini beliau ada berkongsi satu lagi berita gembira mengenai kehamilan beliau.

Hamil Anak Lelaki

Impian beliau untuk dikurniakan cahaya mata lelaki akhirnya tercapai apabila pelatun “Anta Permana” itu berkongsi berita gembira tersebut pada Ahad 13 Disember.

Menurut mStar, Siti yang ditemani suaminya menerusi siaran langsung bersama Shopee mengumumkan jantina cahaya mata kedua yang dijangka akan lahir pada April tahun hadapan.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy, tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Siti kepada mStar.

Bermula Huruf A

Manakala suami Siti juga mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A seperti abang-abangnya.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini.” katanya.

Produk Baru

Siti turut berkongsi mengenai kerjasamanya dengan jurusolek artis iaitu Nuex Rosli dengan mengeluarkan produk terbaharu menerusi Shopee Live pada Sabtu.

Teradahulu, Siti mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausit X Wonderlab.

Wahh tahniahh Tok Ti. Semoga Tok Ti dan kandungan sihat-sihat belaka.