Masa mula-mula Haneesya Hanee sertai pertandingan Dewi Remaja, ramai yang puji dia sebab berani jadi ikon untuk gadis-gadis yang berkulit gelap di luar sana. Almaklumlah, mereka yang berkulit gelap jarang dianggap cantik di negara Asia Tenggara macam Malaysia kita ini.
Tetapi tidak lama selepas Haneesya diangkat sebagai juara Dewi Remaja, gelaran itu ditarik semula sebab tersebarnya video beberapa peserta program itu berparti di kelab malam termasuklah Haneesya sendiri. Lebih mengharu-birukan keadaan, apabila video yang tular itu memperlihat Haneesya bersama gelas berisi minuman keras.
Itu satu hal, yang menjadikan netizen semakin muak dengan gelagat si Haneesya ni sebenarnya bukan isu Dewi Remaja lagi, tapi isu kulit hitam!
Tak penat gelarkan diri sendiri ‘hitam’
Dari mula Haneesya menceburkan diri dalam industri, ada satu benda yang jadi modal dia, iaitu warna kulit. Baguslah kalau dia mampu terima ‘kekurangan’ diri dan cuba menjadi contoh kepada gadis-gadis muda yang lain untuk raih tahap keyakinan yang sama. Tapi apabila diulang berkali-kali, sesiapa pun boleh rasa meluat.
Yang lebih buatkan orang ramai marah ialah ibu Haneesya yang mengugut hendak saman sesiapa yang gelarkan anaknya hitam, walhal anaknya sendiri yang tak habis-habis gelarkan diri sendiri hitam!
Hai kak, macam mana tu?
Kepada Haneesya, teruslah cari tempat sendiri dalam industri ini berbekalkan bakat yang ada. Janganlah asyik-asyik gunakan isu yang sama lagi kalau tak nak terus kena kecam.
Dan yang paling penting, jangan koyak. Okey?