Tak pasal-pasal Aliff Syukri kena tempias sekali apabila bekas pekerjanya buat masalah.
Baru-baru ni, ada viral sepasang suami isteri yang menipu duit orang ramai tentang pakej penginapan murah dan difahamkan lelaki tersebut adalah bekas pekerja usahawan kosmetik itu.
Tak nak masuk campur
Menerusi laman Instagramnya, Aliff Syukri meminta orang ramai untuk tidak mengaitkannya dengan Iqbal Sani dan isterinya, Intan Haleda mengenai isu penipuan mereka.
Jelas Aliff, ramai orang telah menghubunginya, termasuk pihak polis untuk mencari pasangan tersebut.
Sampai minta duit?!
Bukan itu sahaja, menurut usahawan kosmetik itu, ada juga sesetengah mereka yang menghubunginya dan meminta duit daripadanya atas kerugian yang mereka alami.
Walhal, jelasnya, dia langsung tak ada kaitan dengan bekas pekerjanya dan dia juga bukanlah abang dan saudara mara lelaki tersebut.
“Saya tidak ada kena mengena dengan urusan mereka dan saya berharap anda jangan ganggu saya atau WhatsApp saya. Saya sendiri sekali pun tidak terlibat dengan apa-apa yang mereka lakukan,” tulis Aliff.
Che Ta pun terkena?
Nampaknya bukan Aliff Syukri saja yang kena, Che Ta pun sama.
Menerusi laman Instagram Che Ta, pelakon tersebut juga sedang mencari pasangan suami isteri scammer itu.
Tidak tahu sebab kenapa Che Ta mencari pasangan tersebut tetapi rata-rata netizen berkongsi pengalaman mereka yang ditipu oleh pasangan itu di ruangan komen post Che Ta.
Difahamkan pasangan suami isteri itu telah menyebabkan kerugian sehingga beratus ribu ringgit dan kini sedang dicari oleh orang ramai dan pihak polis.
Harapnya mereka dapatlah ditangkap dengan segera dan mangsa-mangsa mendapat keadilan yang sepatutnya.