Terkenal melalui telefilm pertamanya, Lelaki Kelas Sebelah, Alya Iman merupakan seorang pelakon dan model Muslimah yang berumur 19 tahun.
Anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha itu hangat menjadi perbualan netizen kerana dipercayai bertunang dengan suami orang.
Menurut Alya, dia tidak menafikan hubungan tersebut dan mengakui pertunangannya dengan ahli perniagaan tersebut yang dihadiri famili, saudara mara dan sahabat rapat.
Sejurus sahaja mendapat tahu bahawa hubungannya itu tidak diketahui atau direstui Penny Salman, iaitu isteri kepada ahli perniagaan tersebut, Alya pun telah mengakhiri dan memutuskan pertunangannya itu.
Penny Salman telah memuatnaikkan beberapa story di IGnya untuk meng-expose perbuatan Alya Iman itu, dimana Penny menuduh Alya sebagai seorang gold digger (pisau cukur) dan telah menghabiskan wang sebanyak 2.3 juta ringgit atas percutian ke luar negara bersama suaminya dan barangan mewah seperti kereta Audi R8 dan jam tangan Rolex.
Dalam masa yang sama, ramai netizen juga berang dengan sikap suami Penny Salman, kerana Alya sahaja disalahkan olehnya. Bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi, betul tak?