Sejak kebelakangan ini, nama Janna Nick hangat sekali diperkatakan oleh netizen. Tambah pula pelakon wanita tersebut boleh dikatakan kerap juga mengadakan ‘peperangan’ dengan netizen, macam kes di Twitter tentang penapisan dalam industri perfileman.
Dan nampaknya lagi sekali dia mencetuskan ‘peperangan’ apabila dia dikatakan mempertahankan dirinya oleh kerana satu video TikTok yang dimuat naik beberapa hari lalu.
Setakat kecam dekat sosial media
Video TikTok yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya itu, mempamerkan Janna bersama teman lelakinya melakukan satu trend ‘This or That’ yang sedang popular di TikTok namun, dalam video tersebut turut menunjukkan dia didukung oleh teman lelakinya, yang mana telah mengundang kata-kata kecaman daripada para netizen.
Susulan itu, Janna pun tampil dan mempertahankan dirinya menerusi satu hantaran pada 20 Januari, menjelaskan bahawa dirinya langsung tidak terkesan dengan kecaman yang dilontarkan netizen itu.
“Lu ingat gua kisah ke lu kecam kecam gua…setakat kecam dekat sosial media ni apa lah sangat.. banyak Lagi Dugaan Lagi teruk daripada kena kecam dengan ‘JIN MASAUTH’,” tulisnya.
Tegur, bukan kecam!
Hantaran Janna itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong tindakan Janna yang berani bersuara menentang netizen.
Namun, tak kurang juga yang mengatakan bahawa ‘kecaman’ yang diberikan netizen itu adalah teguran dan sebagai peringatan untuk dirinya yang beragama Islam.
Ah sudah, jadi benda lain pulak. Apa pun, semoga ‘peperangan’ Janna dengan netizen ni tak berpanjangan lah ya