Biasalah netizen, kalau nampak dekat Instagram selebriti tu asyik post gambar dengan seseorang, mesti berspekulasi kata dorang kapel kan.

Haa, artis baru belasan tahun pun kena jugak spekulasi kapel bila Zaki Yamani, penyanyi remaja yang juga anak Jamal Abdillah, selalu post gambar dan video dengan Qistina Raisah, pelakon cilik, di laman Instagramnya.

Kawan je

Namun melalui mStar, Zaki berkata bahawa hubungan rapat dia dengan Qistina hanyalah berkawan rapat saja.

Zaki juga menceritakan bahawa dia pertama kali bertemu dengan Qistina selepas habis PKP di sebuah pusat membeli belah apabila diperkenalkan oleh kawan mereka.

Main PUBG bersama

Tambahnya lagi, mereka tidaklah selalu berhubung dan berbalas mesej setiap hari tapi mereka banyak meluangkan masa bersama dengan main game online popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Dalam masa yang sama, ramai juga netizen-netizen memberi komen di bawah gambar-gambar dan video mereka berdua, menyatakan sokongan mereka terhadap hubungan selebriti-selebriti muda ini.

Tak kisahlah korang nak kapel ke apa, yang penting belajar jangan lupa yaaa.