Belum reda lagi dengan kontroversi yang lama, pelakon Janna Nick kini kembali menerima kecaman netizen ekoran tindakannya sendiri.

Perbuatan pelakon tersebut telah menimbulkan ketidaksenangan hati di kalangan netizen.

Berdukung antara satu sama lain

Janna bersama pasangannya, Dini Azan Schatzmann menjadi tular di media sosial apabila video mereka berdua sedang bermain aplikasi TikTok mendapat perhatian warganet.

Aksi mereka telah menjadi perhatian kerana pasangan itu dilihat telah berdukung antara satu sama lain dan menimbulkan perasan kurang senang dalam kalangan sesetengah netizen.

Peminat beri nasihat

Disebabkan itu, ramai peminat telah memberikan nasihat kepada Janna. Namun, Janna dilihat tidak memberi sebarang respond kepada mana-mana komen yang diberi

“Bila mana kita berada di akhir zaman ini, semua perkara yang baik akan nampak tidak baik. Akan nampak jahat, akan nampak janggal. Perkara yang tidak baik itulah yang nampak baik, nampak banyak, nampak sempurna.- Al Habib Zaenal Abidin Al Hamid,” komen seorang netizen.

Hmm kita doa yang baik-baik je lah buat mereka yeaa!