Bila dah lama duduk dekat rumah disebabkan PKP, mesti ada segelintir yang mengalami masalah naik berat badan.
Masalah itu turut dialami oleh penyanyi Khai Bahar, sehingga menyebabkan dirinya menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kuruskan badan.
Naik sebab PKP
Khai menerusi laporan Gempak mendedahkan bahawa berat badannya naik mendadak ketika PKP yang lalu.
“Terus terang berat saya naik mendadak ketika PKP yang lalu iaitu hampir 70 kilogram dan ia memang ketara kerana biasa berat saya 64kg begitu.
“Tapi saya sedari bukan saya sahaja yang mempunyai masalah kenaikkan berat badan ketika PKP, malah ramai lagi termasuk keluarga saya.
“Jadi saya ambil peluang ini untuk berniaga dan sama-sama sihat,” jelasnya.
Guna duit simpanan
Khai turut mengakui bahawa semua duit simpanannya dilaburkan untuk kos perniagaan yang diusahakan itu.
“Alhamdulillah hasil saya menyimpan sejak saya menglibatkan diri dalam dunia seni ini saya dapat mengeluarkan sebuah produk untuk dijual.
“Apa yang saya boleh kata modal yang dikeluarkan lebih RM 50 000,” ujarnya.
Produk yang berjenama Kslim itu dikatakan sebanyak lima ribu kotak telah dikeluarkan sebagai pengenalan dan jualan ejen.
Wah, dah start bisnes dah Khai, good luck!