Bossku nikah lagi?

Dari zaman beliau jadi sebagai Perdana Menteri sampailah jadi bekas Perdana Menteri, nama beliau memang tidak akan berhenti menjadi topik rakyat Malaysia. Tambahan pula dengan pelbagai kontroversi yang beliau cipta.

Cerita paling hangat buat masa sekarang ini, Najib dikatakan telah mengahwini seorang lagi isteri. Sebagai seorang ahli politik yang terkenal di Malaysia, memang khabar angin ini akan menular dengan cepat di media sosial.

Pramugari menjadi pilihan

Najib dikatakan baru sahaja menikah dengan seorang bekas pramugari. Pelbagai tanda tanya ditujukan kepada Najib setelah keluar beberapa paparan di Facebook yang menunjukkan gambar wanita tersebut dengan kapsyen “Najib’s new sweet young wife”.

Imej dari: The Malaya Post

Banyak juga gambar lain yang tersebar di media sosial, di mana netizen telah memuat naik beberapa gambar lama Najib bersama pramugari tersebut. Sudah pasti ramai yang akan percaya bahawa mereka benar-benar bercinta.

Tampil dengan jawapan

Walaupun Najib dengan gelaran barunya ‘Bossku’ tidak mengeluarkan apa-apa pernyataan berkenaan kes ini, ahli politik lain iaitu Jamal Yunos mengatakan bahawa semua ini adalah agenda cybertroopers yang hanya tahu mencipta kekecohan.

Sebaiknya jika Najib menampilkan diri memberikan penjelasan yang tepat tentang khabar angin ini. Selagi tidak ada penjelasan, memang akan terus menjadi perbualan hangatlah sampai bila-bila.

Share