Penularan satu video TikTok di Twitter mendapat perhatian ramai apabila video tersebut mempamerkan satu perbuatan yang boleh dianggap luar daripada normal.
Video pendek itu mempamerkan seorang lelaki mencium seorang kanak-kanak lelaki di mulut yang didakwa adalah adik angkatnya.
Dikatakan lelaki tersebut merupakan seorang pengasas perniagaan dan aksi yang dilakukan oleh lelaki itu amatlah tidak dapat diterima oleh netizen.
Dah kena sex grooming?
Malah, klip pendek itu turut mendapat perhatian penceramah bebas Akhi Fairuz Al-Jengkawi, yang tampil memberi pendapat beliau.
Akhi meluahkan rasa terkejutnya melihat video tersebut dan menjelaskan bahawa perlakuan itu boleh dianggap sebagai gangguan seksual.
“Ya Tuhan, ni apa benda ni? Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
“Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
“Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni,” tulisnya.
Ciapan yang dibuat Akhi itu terus menjadi tumpuan warga Twitter yang turut bersependapat dengannya. Malah, ada juga yang bercadang untuk membuat laporan polis berkenaan video tersebut.
Akaun dinyayaktif
Namun begitu, sepertinya pemilik akaun video TikTok @papa_idola_semalaya itu sempat menjelaskan menerusi satu lagi video bahawa bercium sebegitu adalah cara dia dan keluarga meluahkan rasa kasih sayang.
Tetapi tidak lama kemudian, akaun @papa_idola_semalaya itu sudah pun dinyahaktifkan selepas penularan video mencium mulut adik angkatnya, yang dikatakan adalah seorang remaja autism.