Bukan orang dewasa sahaja yang boleh bercinta, malah kanak-kanak juga sudah ada yang mula mencari pasangan masing-masing walaupun masih bersekolah rendah.
Begitulah ceritanya dengan pelakon cilik yang berumur 9 tahun ini, Duerra Mitilda yang memuat naik status mengenai hubungannya di media sosial dengan pasangannya, Hezriq yang berumur 12 tahun.
Dapat restu ibu bapa
Apa yang menariknya, hubungan kedua-dua pasangan cilik ini juga dikatakan mendapat restu ibu bapa dan hubungan mereka juga sentiasa dipantau oleh ibu bapa masing-masing.
Hubungan pasangan ini mendapat perhatian pengguna media sosial apabila Instagram milik Duerra Mitilda mempunyai highlight Instagram Story yang diberi nama Restu Parents.
Diselar di media sosial
Walaupun hubungan pasangan ini dikatakan mendapat restu ibu bapa masing-masing, ramai pengguna media sosial menganggap yang umur mereka masih tidak sesuai untuk mengadakan sebarang hubungan percintaan dan mencadangkan supaya ibu bapa mereka lebih peka mengenai masa hadapan mereka lebih daripada hubungan percintaan yang tiada jaminan akan kekal.