Seorang lelaki berjaya dirakam oleh seorang pengguna media sosial apabila dia menggunakan nama sekolah tahfiz dan anak-anak yatim untuk mengutip derma sedangkan pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim tersebut tidak wujud.
Perbuatannya itu terbongkar selepas dia ditahan oleh penduduk tempatan yang curiga dengan kegiatan kutipan dermanya.
Tidak tahu berapa rakaat dalam solat
Apa yang mengejutkan orang ramai dalam video tersebut adalah apabila dia tidak dapat menjawab beberapa soalan dengan betul apabila ditanya berapa jumlah rakaat dalam solat Zuhur dan Asar.
Dia mengaku telah menunaikan solat, namun dia mula gelabah apabila ditanya jumlah rakaat dalam solat Asar. Mulanya dia menjawab “dua rakaat”, kemudian “tiga rakaat”.
Berjanji tidak akan mengulangi lagi
Selepas diasak beberapa kali oleh penduduk tempatan dia akhirnya meminta maaf atas perbuatannya itu dan berjanji tidak akan menjual agama untuk kepentingan sendiri lagi.