Baru-baru ini, peminat Neelofa dikejutkan dengan berita yang dia sudah berniqab sepenuhnya. Menurutnya, dia kini ingin fokus kepada yang lebih penting iaitu agama.
Namun, semalam peminat Neelofa sekali dikejutkan dengan berita gembira daripada pihak Neelofa sendiri iaitu dia sudah dirisik oleh PU RIz.
Dirisik
Sejak petang Ahad, warganet mula berspekulasi mengenai kunjungan PU Riz ke kediaman Neelofa dan teka-teki sudah terjawab apabila ibunya sendiri mengesahkan pekara itu di laman sosial miliknya.
Menurut sumber yang dipetik daripada Astro Awani, majlis itu hanya diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Neelofa turut menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.
Difahamkan, sebelum majlis risik itu diadakan, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar berjemaah dan diimamkan oleh PU Riz.
Disahkan Oleh Ibu
Ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed mengesahkan spekulasi bahawa dia dirisik Pu Riz melalui laman sosial Instagramnya (IG) semalam.
Kartini menerusi entrinya di IG mengatakan dirinya bahagia kerana Neelofa sudah menemukan insan istimewa yang bakal membimbing bidarinya.
“Bismillahhirohmanirohim,
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Syukur aku padamu Ya Rabb, saat yang aku tunggu-tunggu dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan aku, aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusannya,
“Ya Allah jadikan lah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti, Amiinn. Neelofa sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk kamu sayang, mama love you very much,” tulis Kartini.
Sebelum itu, di laman sosial beberapa foto Neelofa dan Pu Riz bersama yang hadir ke rumah keluarganya telah menimbulkan spekulasi di kalangan warganet.
Tarikh Perkahwinan
Menurut sumber yang menghadiri ke majlis itu, keluarga kedua-dua belah pihak menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuklah jumlah hantaran nanti.
Mereka dijangka bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021 iaitu lebih kurang empat bulan daripada sekarang.
Wahhh ternyata gossip liar selama ni tentang hubungan mereka benarlah lah ya. Bagai pinang dibelah dua lah Neelofa dan PU Riz ini.
Apa-apa pun semoga hubungan mereka ini akan sampai ke jinjang pelamin kelak. Tahniah Neelofa dan PU Riz!