Tahun 2020 sudah menuju ke penghunjungnya, mungkin ada beberapa pekara yang manis dan pahit yang dialami oleh setiap individu.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang pahit serta manis dalam kehidupan berumah tangga. Namun, tidak semua perkahwinan sentiasa indah, ada juga yang berhadapan dengan situasi tegang dan terpaksa bertemu dengan jalan pengakhiran iaitu penceraian.
Untuk tahun 2020, Jangan Koyak senaraikan barisan selebriti yang kisah cintanya terhenti bersama pasangan hidup.
Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila
Kisah antara pasangan Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila pernah sesuatu ketika dahulu hangat diperkatakan oleh media hiburan oleh kerana kontroversi perkahwinan mereka.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya itu mula didatangi konflik sejak Januari 2019 sehingga menyebabkan Nabila memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz pada Ogos 2019.
Meskipun mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden Ahmad, yang kini berusia dua tahun namun, penceraian pasangan itu tetap diteruskan apabila pada 9 Julai 2020, pasangan Sharnaaz-Nabila secara rasmi berpisah.
Walaupun sudah berpisah tetapi Sharnaaz dan Nabila dilihat masih lagi bertemu dan menjalin hubungan yang baik demi kebahagian anak mereka.

Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha
Siapa je yang tidak kenal dengan adik kepada Sharifah Shahira ni. Sharifah Sakinah dan Aliff Adha berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha.
Selari dengan tema artikel ni, pasangan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha akhirnya berpisah secara rasmi pada Mei lalu setelah didedahkan oleh Sakinah mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mac.
Spekulasi keretakan rumah tangga pasangan ini mula diambil perhatian netizen apabila ada yang mengatakan bahawa Aliff Adha curang dan mempunyai akaun dalam sebuah aplikasi ‘dating’.
Tapi penceraian pasangan ini bukanlah disebabkan orang ketiga seperti yang dijelaskan oleh Sakinah.
Apa pun, kini pasangan itu sudah berada di haluan masing-masing dan Sakinah pun sudah ‘move on’ dengan kekasih barunya yang merupakan lelaki Swedish.


Da’I Farhan dan Dr Erin
Sebut je nama Da’i Farhan, mesti tahu kisah dia dengan aura wanita ke-19, Dr Erin, yang juga merupakan isteri keduanya dan telah melangsungkan pernikahan di Makkah pada November tahun lalu.
Tapi perkahwinan mereka ni hangat diperkatakan netizen sebab Da’i Farhan sanggup menceraikan isteri pertamanya yang hamil semata-mata untuk berkahwin dengan janda anak lapan.
Namun, jodoh Da’i Farhan bersama Dr Erin pun tak lama apabila dikatakan pasangan ini telah sah bercerai pada 27 April 2020. Tambah pula, penceraian Da’i Farhan dan Dr Erin ni berlaku ketika isteri keduanya itu sedang hamil, sama seperti ketika Da’i Farhan menceraikan isteri pertamanya.

Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera
Jaclyn Victor dan Shawn Rivera telah berkahwin pada Julai 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera,5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
Namun, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, mereka telah bercerai sekitar Januari lalu dan pekara tersebut telah disahkan sediri oleh Shawn menerusi posting di Facebook miliknya.
Mereka juga tidak mendedahkan punca sebenar penceraian mereka dan tidak menuding jari antara satu sama lain.

Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya mahukan penghujung yang terbaik dan bukan yang sedih tapi setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Buat semua pasangan tersebut, semoga ada sinar baru dalam hidup anda semua!