Sejak kebelangkangan ini, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sering kali menjadi tumpuan media ekoran kontroversi yang melanda rumah tangga mereka.
Namun, baru-baru ini Syamsul ada membuat satu kenyataan yang selama ini menjadi persoalan netizen.
Tidak Tinggal Sebumbung
Syamsul mengaku bahawa perkahwinan yang dia bina selama enam tahun lalu sedang dilanda badai dan akhirnya mendedahkan bahawa mereka suami isteri sudah tidak tinggal sebumbung.
“Isteri saya dah merajuk jadi saya tinggal sendiri. Fans dan followers kami semua dah tahu, kini saya sibukkan diri dengan kerja,” kata Syamsul kepada Berita Harian.
Menurut Gempak, Syamsul memberitahu mereka yang dia sebolehnya ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina.
Dia juga berkata jauh sekali untuknya melafazkan cerai kepada Sarah yang telah melahirkan zuriat mereka.
“Terus terang, saya tak mahu bercerai. Saya nak selamatkan rumah tangga dan saya percaya isteri saya pun begitu juga. Tapi ia tidaklah semudah itu. Ada banyak lagi faktor-faktor lain yang saya perlu fikirkan yang melibatkan hati dan perasaan,” katanya kepada Gempak.
Syamsul turut berkata dia juga manusia biasa yang mempunyai hidup sendiri dan melalui fasa masalah rumah tangga adalah ujian buat dirinya.
Tidak Salahkan Siapa-Siapa
Syamsul turut menegaskan bahawa dia tidak menyalahkan mana-mana pihak tentang masalah yang dia hadapi.
“Saya terima ujian saya. Isteri adalah ujian saya. Tapi apa-apa pun, saya tak nak tuding jari pada isteri saya, saya anggap saya muhasabah diri, lihat balik diri saya, Sarah seorang isteri yang baik.
“Mungkin saya terlalu fokus dengan kerja. Banyak hal-hal dalam kain yang saya tak boleh nak cerita. Cukup saya kata, doakan yang terbaik,” ujar Syamsul.
Masih Bertemu Anak
Syamsul turut berkata meskipun sudah tidak tinggal sebumbung namun dia masih lagi berkesempatan untuk bertemu anaknya iaitu Syaikhul Islam,3, dan Summayah setahun.
“Tengoklah tiga empat hari sekali, mak saya bawa anak jumpa saya,” katanya lagi.
Syamsul turut mengakui dirinya tidak sempruna serta turut meminta maaf apabila dia tidak mampu untuk menjadi versi Syamsul Yusof yang peminat mahukan sama ada watak ustaz Adam ataupun Shark.
Malah, dia sangat menghargai peminat yang memberikan nasihat dan peringatan kepada dirinya.
Mungkin ada kalanya dia tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang memberikan komen yang agak melampau namun dia mendengar semua nasihat yang baik.
“Jadi saya fikir apa yang mahu saya cakap, semua saya sudah share. Jadi ini sajalah dari saya,” jelasnya lagi.
Semoga baik-baik sahaja buat Syamsul dan Sarah, semoga kemelut mereka dapat diselesaikan dengan baik.