Baru-baru ni, Mira Filzah ada memuat naik gambar di laman Instagramnya memakai set pakaian traditional lengakp budaya kaum India, ‘lehenga’ untuk mempromosikan produk kanta mata.

Memang lawa Mira Filzah berpakaian tradisional India tapi ada pula yang mengatakan pelakon tersebut mengeskploitasi budaya kaum India.

Pulak dah….

https://www.instagram.com/p/CEA3V7FhGFA/?utm_source=ig_web_copy_link

Bermula dari sebuah tweet….

Semuanya bermula dari sebuah tweet dari seorang pengguna Twitter yang menuduh Mira Filzah mengeksploitasi dari budaya kaum India.

Cultural appropriation queen. Must feel nice to profit off our culture,” tulis pengguna Twitter tersebut.

Mira mohon maaf

Sebab tak nak isu ni berpanjangan, Mira pun tampil untuk memohon maaf sekiranya tindakannya itu tidak disenangi masyarakat India.

Jelas Mira, sebagai peminat filem Bollywood sejak kecil, memang dia dah simpan impian untuk berpakaian set lehenga seperti Madhuri Dixit dan Aishawara Rai yang dipakai dalam filem.

Tambahnya lagi, dia sendiri yang mencadangkan konsep Bollywood itu ketika ditawarkan untuk sesi fotografi lens Lavue apabila mata Aishawarya Rai terlintas di fikirannya.

Dah selesai (?)

Berikutan dengan permohonan maaf Mira, pengguna Twitter terbabit mengucapkan terima kasih kerana tampil memohon maaf.

Individu tersebut juga berharap bahawa pelakon tersebut akan lebih kerap bercerita mengenai buday kaum India.

Pendapat netizen

Rata-rata netizen memberikan pandangan maisng-masing berkaitan isu terbabit. Ada yang setuju dengan tweet individu terbabit dan ada juga yang tidak, mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum.

Hmm, janganlah macam ni gais, bulan kemerdekaan ni patutnya semua rakyat Malaysia bersatu tak kira kaum, bangsa dan agama.