Baru-baru ini kecoh seketika apabila pelakon Kamal Adli tampil membuat kejutan dengan melamar Uqasha Senrose di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) pada Ahad lalu.
Dan sepertinya, isu ini masih lagi hangat diperkatankan apabila ramai yang memberi pendapat dan pandangan masing-masing, termasuk Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan.
Beri pandangan
PU Rahmat tampil memberi pandangan serta nasihat mengenai lamaran secara terang-terangan mengikut hukum Islam dan mengapa ianya tidak perlu dibuat.
Menerusi posting Facebook (FB) miliknya, PU Rahmat berkata disebabkan ada wanita yang kuat dan yakin untuk mengatakan tidak, serta ada juga yang akan berasa kasihan dan tidak mampu untuk menolak adalah antara sebab tidak digalakkan untuk melamar secara terang-terangan.
Malah, Islam juga tidak mahu wanita yang dilamar berada dalam keadaan serba salah atau tekanan ketika menerima lamaran lelaki.
Menjaga air muka
Tambahnya lagi, lamaran secara terbuka tidak dibuat di dalam Islam adalah bertujuan untuk menjaga air muka lelaki andai lamaran itu ditolak dan pernikahan juga bukan hanya melibatkan dua jiwa semata-mata tetapi turut melibatkan dua buah keluarga.
PU Rahmat turut berharap supaya jangan terlalu mengikut trend barat dan menyeru agar melamar secara terang-terangan ini dapat dihentikan.
Betul juga apa yang dikatan oleh PU Rahmat ini. Apa-apa pun semuanya terpulang pada diri sendiri sama ada mahu terima ataupun tidak.