September lalu Mira Filzah telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya iaitu Wan Emir Astar.
Perkahwinan mereka juga dikatakan weeding of the year oleh peminat mereka oleh kerana perkahwinan mereka dibuat dengan begitu meriah.
Namun, setiap pasangan selepas berkahwin mesti akan ditanya mengenai soal zuriat dan nampaknya, Mira Filzah pun mengulas topik tersebut.
Tidak Ada Sebarang Perancangan
Mira berkata yang dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk hamil selepas hampir empat bulan mendirikan rumah tangga dengan suaminya.
“Tak ada apa-apa khabar baik pun lagi (hamil). Sejujurnya saya tak merancang pun dan cuma pada ketika ini, apa yang boleh kami katakan, berserah sahaja pada rezeki,” katanya kepada MH.
Tidak Menolak
Mira juga berkata yang dia tidak menolak jika dia hamil dan ikut sahaja apa yang sudah tertulis buat dirinya dan suami.
“Sekiranya ada rezeki untuk hamil, saya pun tak menolak dan ikut sahaja apa yang sudah tertulis, insya-Allah,” jelasnya lagi.

Semoga ada rezeki buat Mira dan suami untuk menimang cahaya mata nanti. Semoga segala urusan buat mereka berdua dipermudahkan.