Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamillen semakin mendapat tempat di industri hiburan selepas berjaya bergelar pelakon dan penyanyi.
Namun, baru-baru ini Cik B di atakan akan mencuba satu lagi bidang baru dalam industri.
Jadi Pelawak?
Menurut mStar, Cik B dikhabarkan mecnuba nasib sebagai pelawak dengan menyertai program Muzikal Lawak Superstar kedua (MLS2) yang bakal berlangsung 18 Disember ini.
Cik B memberitahu penyertaan itu adalah cabaran untuk dia melakukan sketsa komedi sambil menyanyi di mana dia tidak pernah lakukan sebelum ini.
Disokong DSV
Dia dikhabarkan turut teruja apabila ibunya memberikan sokongan penuh untuk dia bersaing dalam pertandingan tersebut.
“Saya gembira kerana bukan senang untuk masuk ke Muzikal Lawak Superstar ini, lagipun ibu beri galakan dan sokong apa juga keputusan saya.
“Saya sahut cabaran dalam bidang ini dan nak tonjolkan kelainan dengan serlahkan sisi komedi selain menyanyi dalam program ini,” katanya kepada mStar.
Cik B dikhabarkan akan bergandingan dengan pelawak Chiwan dan Achok Chilok dan membentuk kumpulan baharu yang dieri nama ABC.

Wahh cayalah Cik B nak jadi pelawak pulak. Goodluck Cik B untuk program ini!