1 Januari lalu pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya iaitu Nabil Mahir.
Namun, baru-baru ini Ayda dikatakan terasa hati dengan peminatnya.
Minta Berpisah
Ayda telah menerima satu mesej menerusi akaun Instagram (IG) miliknya yang menyuruhnya bercerai dengan suaminya dan menikahi pelakon Zul Ariffin.
Pemilik akaun dengan nama @amir_akrhonianz itu telah meminta Ayda berpisah dengan Nabil dan memilih Zul Ariffin sebagai teman hidup kerana merasakan itu pilihan yang terbaik buat dirinya.
“Ceraikan jelah suami awak tu..lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin..”tulis lelaki tersebut.
Ayda telah memuat naik tangkap layar isi kandungan mesej itu di ruangan IG story miliknya.
Terkilan Dengan Peminat
Ayda meluahkan rasa terkilannya apabila menerima mesej sebegitu. Meskipun tidak mengulas panjang, balasan Ayda terhadap mesej yang diterimanya itu menunjukkan bahawa dia kecewa kerana menerima pesanan sedemikian rupa.
“Ada lagi orang macam ni,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini Ayda pernah beberapa kali berlakon bersama Zul Arffin dan dia menafikan bahawa pernah wujud cinta lokasi antara mereka dan hanyalah sekadar teman sekerja.
Haihh netizen ni, macam-macam lah. Kalau takaada benda baik nak cakap baik diam supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi atau pergaduhan.