Bagi mereka yang pencinta haiwan pasti tahu betapa peritnya perasaan kehilangan haiwan peliharaan yang dipelihara sejak kecil.

Kalau orang Melayu selalunya akan tanam kucing atau rabbit kesayangan mereka di kawasan rumah mereka je, tapi korang tahu tak di Malaysia ada tanah perkuburan khas untuk haiwan peliharaan?

Ada empat pet cemetry

Kalau korang tak tahu, di Malaysia sudah ada empat tanah perkuburan iaitu Nirvana Pet Cremation and Memorial Garden dan Pets in Peace Malaysia di Semenyih, Funerals Malaysia di Sungai Way, dan Pet Memorial Services di Puchong.

Pemilik haiwan boleh mengadakan upacara pengebumian haiwan peliharaaan mereka bermula daripada RM5,500! Untuk servis krematorium atau pembakaran bangkai haiwan pula bermula daripada RM420.

Reka bentuk kubur, cenderamata

Mereka juga boleh add on untuk reka bentuk kubur yang berlainan dan bekas menyimpan debu bangkai haiwan yang lebih eksklusif seperti bekas berbentuk heartshape, mempunyai lilin atau berwarna emas.

Selain itu, ada juga servis tambahan dimana pemilik haiwan boleh menempah cenderamata untuk dibuat kenangan seperti keychain dan paw print haiwan mereka.

Servis perkuburan dan krematorium ni kebanyakannya orang Cina yang guna, namun ada juga orang India yang menggunakannya.

Sejak tahun 1899

Untuk pengetahuan korang, tanah perkuburan haiwan peliharaan ini dah lama ada sejak tahun 1899 di Asnières-sur-Seine, Perancis.

Cimetière des Chiens et Autres Animaux Domestiques merupakan tanah perkuburan haiwan yang pertama di dunia. 

Unik juga budaya orang Cina dan India yang mengadakan upacara pengebumian untuk haiwan peliharaan mereka sebijik macam pengebumian manusia.  

Jadi, apa pendapat korang pasal tanah perkuburan untuk haiwan peliharaan ni? Berbaloi atau tak harganya? Ke korang prefer tanam belakang rumah je?

Korang boleh lihat di sini untuk tengok proses pengebumian Nirvana Pet Cremation and Memorial Garden.