Baru-baru ni Janna Nick ditimpa dengan pelbagai kontoversi ekoran kelantangan suaranya dalam memberi pendapat.

Kali ini dia tampil memberi pendapat mengenai rakan seperjuangannya.

Suarakan pendapat peribadi

Janna telah menyuarakan pendapatnya mengenai kontoversi yang melibatkan pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Janna berkata adalah lebih baik sekiranya orang ramai tidak masuk campur isu pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya.

“Bukan nak menyelebahi Shuk. Tapi kita tak tau perjalanan hidup kita macam mana. Ramai lagi orang biasa kat luar sana yang ada skandal semua.

“Beza dia mereka bukan artis. Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya. Ni sembang lebih-lebih satgi kena marah,” tulisnya menerusi sebuah posting Instagramnya (IG).

Masih belum diputuskan

Janna turut berkata, dalam kemelut itu masih belum diputuskan lagi siapa yang berada di pihak yang benar.Tambahnya lagi, seeloknya mendoakan yang baik buat Shuk dan isterinya.

“Isu-isu dalam kain ni kita tak tau sapa betul sapa salah. Mai kena dekat hidung sendiri baru kita nak sedar.

“Jadi lebih baik doa kan yang baik-baik. Kita dik pulun kuuk sana kutuk sini pun tak guna. Silap-silap esok lusa depa laki bini baik balik,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kecoh apabila isteri Shuk iaitu Rossalennah mendedahkan Shuk masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Fara Salleh.

Hmm betul juga kata Janna tu, semoga kemelut rumah tangga Shuk dan isteri dapat diselesaikan dengan segera.