Sekarang ni sebut sahaja nama Hun Haqeem, pasti semua orang kenal punya.

Hun merupakan pelakon yang sedang mencipta nama di dalam industri kerana berjaya membawak watak Jaafar atau lebih sinonim sebagai Jekfer di dalam siri drama Kampung People.

Terpalit kontroversi

Namun, di sebalik kejayaan Hun itu, dia kini terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa mirip indvidu dalam sebuah video lucah yang tular di Twitter semalam.

Dalam video berdurasi 42 saat tersebut, seorang lelaki yang mirip Hun itu kelihatan tidak berbaju dan pada hujung video tersebut, dia dilihat seperti menggosok alat kelaminnya.

Pada saat ke-10 video berkenaan, lelaki itu sempat memberikan ciuman ‘nakal’ kearah lensa kamera.

Penyebaran gambar tangkap layar

Sebelum video lucah itu tersebar, turut tular beberapa keping gambar tangkap layar yang di dakwa mirip pelakon terbabit.

Bagaimapun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan bahawa lelaki di dalam video itu adalah Hun atau hanya pelanduk dua serupa.

Deepfake

Ada yang juga beranggapan yang pelakon itu menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video tersebut.

Sesetengah netizen turut mendakwa bahawa Hun menjadi mangsa ‘superimpose’ iaitu teknik yang hampir sama dengan ‘deepfake’.

Netizen terkejut

Rata-rata netizen amat terkejut dengan berita penyebaran video itu.

Ada yang berkata ‘Hun is cancelled’ menerusi ciapan di Twitter.

Namun, ada juga yang berharap Hun sabar dengan dugaan yang menimpa dia sekarang ni.

Graphical user interface

Description automatically generated

 Bakal ambil tindakan undang-undang

Berikutan kontroversi tersebut, pihak pengurusan Hun iaitu Metrowealth akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar video tidak senonoh itu.

Mereka mendakwa video tersebut akan menjejaskan reputasi Hun yang sekarang ni tengah meningkat naik.

“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang  sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direcord.

“Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,” kata Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) David Teo menerusi laman Youtube rasmi MIG.

Haihh jahat betul lah siapa yang menyebar video lucah ni, tapi video tu memang nampak seperti ‘deepfake’ pun. Kesian Jekfer, dah lah baru nak naik, dah kena kontroversi macam ni.

Apa-apa pun harap Hun akan terus bertabah menghadapi kontroversi ni. Semoga anda akan terus berjaya di industri hiburan tanah air Hun!