Abang mana yang tidak sayangkan adiknya? Lagi-lagi bila sudah kena pukul, memang naik beranglah si abang.

Abang kepada Aisyah Azman, Afiq Muiz melalui tulisan di Instagramnya telah menyelar perbuatan bekas tunang adiknya yang dikatakan telah berbuat kasar kepada aktres itu.

Dua alam dilarang sama sekali

Afiq juga ada memberi kata-kata amaran kepada lelaki-lelaki yang ingin memperisterikan adiknya, iaitu lelaki tersebut haruslah seorang yang budiman dan beragama Islam.

Tambahnya lagi, lelaki-lelaki yang ‘dua alam’ atau dalam kata mudahnya, yang homoseksual atau songsang adalah dilarang sama sekali.

Imej dari: Cari

Bekas tunang dituduh songsang

Sebelum ini, netizen digemparkan apabila ada laporan yang mengatakan seorang pelakon lelaki telah membelasah bekas tunangnya kerana dituduh songsang.

Kebanyakan netizen berspekulasi bahawa pelakon lelaki itu ialah Syafie Naswip memandangkan pelakon tersebut baru sahaja putus tunang dengan Aisyah Azman.

Jadi bagi sesiapa yang nak kahwin dengan Aisyah Azman, bukan setakat pikat hati Aisyah sahaja tapi mestilah hati abangnya sekali. Kalau tak lepas, bukan jodohlah namanya.